Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019
Seksyen 4
(1)
Jika majikan mendapati, apabila pengenalpastian dibuat di bawah subperaturan 3(1), bahawa mana-mana pekerjanya mungkin terdedah kepada bising berlebihan, majikan hendaklah melantik penaksir risiko bising untuk menjalankan penaksiran risiko bising.
(2)
Penaksir risiko bising yang dilantik oleh majikan di bawah subperaturan (1)
hendaklah—
P.U. (A) 60 5
(a)
berdaftar dengan Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
(b)
memiliki perakuan sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan penaksiran risiko bising.
(3)
Penaksir risiko bising hendaklah menjalankan penaksiran risiko bising yang disebut dalam subperaturan
(1)
dengan menggunakan kelengkapan mengukur bising yang mematuhi standard yang ditentukan oleh Suruhanjaya
Elektroteknik Antarabangsa.
(4)
Apabila selesai penaksiran risiko bising yang disebut dalam subperaturan (1), penaksir risiko bising hendaklah menyediakan laporan dan mengemukakan laporan itu kepada majikan dalam masa satu bulan dari tarikh penaksiran itu selesai.
(5)
Laporan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah termasuk dapatan, dan syor yang dibuat oleh, penaksir risiko bising berkenaan dengan penaksiran risiko bising yang telah dijalankan.
(6)
Apabila laporan di bawah subperaturan (4) diterima, majikan hendaklah memberitahu pekerja yang terdedah kepada bising berlebihan mengenai dapatan dan syor yang dibuat di bawah subperaturan (5) dalam masa empat belas hari selepas menerima laporan itu daripada penaksir risiko bising.
(7)
Jika laporan yang disediakan di bawah subperaturan (4) mengandungi syor bagi apa-apa tindakan hendaklah diambil menurut Peraturan-Peraturan ini, majikan hendaklah menjalankan syor itu dalam masa tiga puluh hari selepas menerima laporan itu daripada penaksir risiko bising.
(8)
Majikan hendaklah menyebabkan penaksiran risiko bising yang disebut dalam subperaturan (1) dikaji semula—
P.U. (A) 60 6
(a)
tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh penaksiran risiko bising terdahulu; atau
(b)
jika diarahkan untuk berbuat sedemikian oleh Ketua Pengarah.
(9)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7)
atau (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan