Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019
Seksyen 5
(1)
Jika majikan mendapati bahawa mana-mana pekerjanya terdedah kepada bising berlebihan berdasarkan laporan yang disebut dalam subperaturan 4(4), majikan itu hendaklah—
(a)
memberikan maklumat yang mencukupi yang berhubungan dengan kesan pendedahan bising ke atas pendengaran seseorang dan kehendak untuk menjalani ujian audiometrik kepada pekerja-pekerja itu;
(b)
memberikan latihan dan arahan mengenai penggunaan yang wajar bagi pelindung pendengaran diri kepada pekerja-pekerja itu; dan
(c)
menyelia pelaksanaan kawalan pendedahan bising di tempat kerja.
(2)
Majikan hendaklah memberikan latihan bagi pekerjanya yang disebut dalam subperaturan (1) sekurang-kurangnya sekali setahun.
(3)
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 60 7
Had pendedahan bising