Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), jika bungkusan bahan kimia berbahaya—
(a)
ialah suatu bekas; atau
(b)
mengandungi suatu bekas lain, label hendaklah dilekatkan dengan rapi pada satu atau lebih permukaan bekas itu supaya label itu boleh dibaca secara mendatar apabila bekas itu diletakkan pada kedudukan biasa.
(2)
Jika bungkusan bahan kimia berbahaya merupakan suatu bekas bersaiz 125 ml dan ke bawah, label hendaklah dilekatkan dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah oleh pembekal.
(3)
Jika pelekatan label pada bungkusan bahan kimia berbahaya tidak dapat dilaksanakan oleh sebab sifat bungkusan itu, bungkusan itu hendaklah diikat dengan label itu.
(4)
Seseorang pembekal yang melanggar subperaturan (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
P.U. (A) 310 19