Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Pembekal hendaklah mengemukakan Helaian Data Keselamatan kepada penerima bahan kimia bagi—
(a)
setiap bahan kimia berbahaya yang dibekalkan; dan
(b)
apa-apa campuran bahan kimia yang mengandungi bahan berbahaya pada kepekatan yang melebihi nilai pemisah kepekatan bagi kelas bahaya yang berkenaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
(2)
Helaian Data Keselamatan hendaklah mengandungi maklumat yang berhubungan dengan bahan kimia berbahaya yang dibekalkan dan campuran bahan kimia yang disebut dalam subperaturan (1) mengikut kepala dan susunan yang berikut:
(a)
pengenalan bahan kimia berbahaya dan pembekal;
(b)
pengenalan bahaya;
(c)
komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya;
(d)
langkah-langkah pertolongan cemas;
(e)
langkah-langkah pemadaman kebakaran;
(f)
langkah-langkah pelepasan tidak sengaja;
(g)
pengendalian dan penyimpanan;
(h)
kawalan pendedahan dan perlindungan diri;
(i)
sifat fizikal dan kimia;
(j)
kestabilan dan kereaktifan;
(k)
maklumat toksikologi;
(l)
maklumat ekologi;
(m)
maklumat pelupusan;
P.U. (A) 310 20
(n)
maklumat pengangkutan;
(o)
maklumat pengawalseliaan; dan
(p)
maklumat lain.
(3)
Maklumat yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah—