Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Pembekal hendaklah melabelkan tiap-tiap bungkusan bahan kimia berbahaya dengan jelas dan tidak boleh dipadam yang mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
pengecam produk;
(b)
pengenalan pembekal;
(c)
kata isyarat;
(d)
pernyataan bahaya;
(e)
piktogram bahaya; dan
(f)
pernyataan berjaga-jaga.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), jika bungkusan bahan kimia berbahaya merupakan suatu bekas yang bersaiz 125 ml dan ke bawah, bungkusan itu hendaklah dilabelkan dengan jelas dan tidak boleh dipadam yang mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
pengecam produk;
(b)
pengenalan pembekal;
(c)
kata isyarat;
(d)
piktogram bahaya, jika berkenaan; dan
(e)
suatu pernyataan yang dibaca “baca Helaian Data Keselamatan sebelum digunakan”.
(3)
Maklumat yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) hendaklah—
(a)
Paragraph