Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013

Seksyen 9

(1)

Suatu piktogram bahaya hendaklah—

(a)

terdiri daripada suatu simbol hitam di atas latar belakang putih dan birai merah dengan kelebaran yang mencukupi supaya boleh dilihat dengan jelas;

(b)

dalam bentuk wajik dengan sisi yang dicondongkan pada empat puluh lima darjah ke arah mendatar; dan

(c)

dalam saiz satu per lima belas daripada kawasan permukaan label tetapi tidak kurang daripada 100 mm².

(2)

Seseorang pembekal yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Aturan keutamaan bagi piktogram bahaya dan pernyataan bahaya pada label

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PELABELAN DAN HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 2013