Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025
Seksyen 10
Seseorang penghuni dengan kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas A hendaklah—
(a)
memastikan tiada kematian, kecederaan badan yang serius, keracunan, penyakit atau kejadian berbahaya yang berlaku akibat daripada pemasangan atau penggunaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan;
(b)
memastikan data berasaskan risiko dikumpul oleh pasukan berasaskan risiko pada lat tempoh tidak melebihi dua belas bulan selepas setiap pengumpulan data;
(c)
menyimpan dan menyenggarakan data berasaskan risiko yang dikemukakan oleh pasukan berasaskan risiko;
15
(d)
menentukan baki hayat, kategori risiko, lat tempoh pemeriksaan dan pelan pemeriksaan bagi dandang stim dan bejana tekanan berdasarkan pengiraan dan pentaksiran data berasaskan risiko;
(e)
menyenggarakan dan memakai metodologi bagi pengiraan dan pentaksiran data berasaskan risiko di bawah subperenggan 4(d)(i);
(f)
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai apa-apa perubahan ketua pasukan berasaskan risiko dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu;
(g)
menyenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah perenggan 4(a);
(h)
menyimpan dan menyenggarakan rekod penggunaan dan penyenggaraan dandang stim dan bejana tekanan;
(i)
memastikan pemeriksaan verifikasi dilaksanakan; dan
(j)
memastikan bahawa tiap-tiap anggota pasukan berasaskan risiko sentiasa kompeten.
Kewajipan penghuni di bawah skim pemeriksaan khas kelas B