Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025
Seksyen 5
Mana-mana penghuni yang memohon untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas B hendaklah memenuhi kehendak berkenaan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan seperti yang berikut:
(a)
penghuni hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyenggarakan suatu sistem pengurusan loji yang dikendalikan oleh suatu pasukan pengurusan loji mengikut tataamalan industri yang diluluskan oleh Menteri;
(b)
penghuni hendaklah menyenaraikan semua loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang dipasang di suatu tempat kerja mengikut kategori yang berikut:
(i)
loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang telah dipasang bagi tempoh tiga puluh enam bulan atau lebih dari tarikh permohonan; dan 10
(ii)
loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang telah dipasang bagi tempoh tidak lebih daripada tiga puluh enam bulan dari tarikh permohonan, jika ada;
(c)
penghuni hendaklah memastikan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu dalam keadaan kerja yang memuaskan dan selamat untuk digunakan;
(d)
penghuni hendaklah memastikan semua loji yang menghendaki perakuan kelayakan mempunyai perakuan kelayakan yang sah;
(e)
penghuni hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah—
(i)
data berasaskan risiko bagi dandang stim dan bejana tekanan yang dikira dan ditaksir mengikut metodologi sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
(ii)
maklumat ketebalan dandang stim dan bejana tekanan yang dikumpulkan mengikut mana-mana kaedah yang berikut:
pemeriksaan di bawah seksyen 27D Akta dan dua kali pemeriksaan berkala dandang stim dan bejana tekanan;
tiga kali pemeriksaan berkala dandang stim dan bejana tekanan;
pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan hendaklah dilakukan tidak kurang daripada tiga kali semasa dandang stim dan bejana tekanan itu sedang beroperasi pada lat tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan selepas setiap pengukuran; atau 11
pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan hendaklah dilakukan tidak kurang daripada tiga kali semasa dandang stim dan bejana tekanan itu tidak beroperasi pada lat tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan selepas setiap pengukuran;
(f)
pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan di bawah perenggan (e)(ii) hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diluluskan oleh Ketua Pengarah melainkan jika pengukuran itu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang diterima secara amnya;
(g)
jika loji yang menghendaki perakuan kelayakan ialah dandang stim dan bejana tekanan, penghuni hendaklah mengemukakan kepada
Ketua Pengarah maklumat mengenai baki hayat, kategori risiko, lat tempoh pemeriksaan dan pelan pemeriksaan bagi dandang stim dan bejana tekanan yang diperoleh melalui pengiraan dan pentaksiran data dan maklumat yang dikumpul mengikut perenggan (e);
(h)
jika loji yang menghendaki perakuan kelayakan ialah jentera mengangkat, penghuni hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah maklumat kategori risiko, lat tempoh pemeriksaan dan pelan pemeriksaan bagi jentera mengangkat itu;
(i)
penghuni hendaklah memastikan bahawa tiada kematian, kecederaan badan yang serius, penyakit, keracunan pekerjaan atau kejadian berbahaya yang diakibatkan oleh aktiviti pemasangan, pembaikan, pembukaan, pengendalian dan penyenggaraan loji yang menghendaki perakuan kelayakan dalam tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan;
(j)
penghuni hendaklah memastikan bahawa tiada kejadian yang boleh menjejaskan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan;
12
(k)
penghuni hendaklah mempunyai satu atau lebih pasukan berasaskan risiko sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang anggota seperti yang berikut:
(i)
seorang orang berkelayakan yang mempunyai ijazah kejuruteraan sebagai ketua pasukan untuk melaksanakan semua tugasan yang berhubungan dengan pemeriksaan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan;
(ii)
seorang orang berkelayakan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam kejuruteraan kakisan;
(iii)
seorang orang berkelayakan daripada bahagian proses atau bahagian pengeluaran;
(iv)
seorang orang berkelayakan daripada bahagian pemeriksaan atau bahagian kejuruteraan; dan
(v)
seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
(Pegawai
Keselamatan dan
Kesihatan)
1997
[P.U. (A) 315/1997] atau orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika tempat kerja itu tidak menghendaki seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdaftar itu; dan
(l)
penghuni hendaklah mengemukakan dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Maklumat atau dokumen tambahan 6.
(1)
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan bagi skim pemeriksaan khas diterima, menghendaki penghuni untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan kepada Ketua Pengarah
13
dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Jika maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) tidak diberikan oleh penghuni dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak penghuni untuk membuat permohonan baharu.
Kelulusan skim pemeriksaan khas 7.
(1)
Ketua
Pengarah boleh meluluskan permohonan bagi skim pemeriksaan khas sebagai sama ada skim pemeriksaan khas kelas A atau skim pemeriksaan khas kelas B, di bawah peraturan 3 jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa kehendak di bawah peraturan 4 atau 5, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dipenuhi.
(2)
Tertakluk kepada subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perakuan kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas A atau skim pemeriksaan khas kelas B kepada penghuni yang hendaklah mengandungi butiran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(3)
Seseorang penghuni yang skim pemeriksaan khasnya diluluskan oleh
Ketua Pengarah hanya boleh memegang satu kelas skim pemeriksaan khas pada satu-satu masa.
(4)
Seseorang penghuni yang telah memperoleh kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas B oleh Ketua Pengarah tidak boleh memegang kelulusan bagi apa-apa skim pemeriksaan khas kelas B yang lain pada masa yang sama dan mana-mana skim pemeriksaan khas kelas A sedia ada yang diperoleh penghuni adalah terbatal.
14
Tempoh skim pemeriksaan khas 8.
(1)
Skim pemeriksaan khas kelas A hendaklah sah bagi tempoh satu ratus dua puluh bulan dari tarikh kelulusan permohonan bagi skim pemeriksaan khas itu melainkan jika dibatalkan atau ditamatkan lebih awal.
(2)
Skim pemeriksaan khas kelas B hendaklah sah bagi tempoh satu ratus lapan puluh bulan dari tarikh kelulusan permohonan bagi skim pemeriksaan khas itu melainkan jika dibatalkan atau ditamatkan lebih awal.
Kesahan perakuan kelayakan bagi loji yang menghendaki perakuan kelayakan di bawah skim pemeriksaan khas 9.
Kesahan perakuan kelayakan bagi loji yang menghendaki perakuan kelayakan di bawah skim pemeriksaan khas hendaklah tidak melebihi enam puluh bulan sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai berdasarkan keputusan pengiraan dan pentaksiran data berasaskan risiko yang dikemukakan oleh penghuni.