Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023

Seksyen 12

Pemotongan caruman oleh majikan

(1)

Seseorang suami suri rumah atau suri rumah itu boleh, dengan mengemukakan Borang SR 3 Jadual kepada Pertubuhan, meminta Pertubuhan untuk mengarahkan majikannya untuk memotong caruman yang kena dibayar di bawah subperaturan 5(1), (2), (3) atau (5) daripada gaji bulanannya.

(2)

Apa-apa caruman melalui pemotongan daripada gaji yang kena dibayar di bawah subperaturan (1) oleh majikan hendaklah dibayar kepada Pertubuhan mengikut cara yang berikut:

(a)

secara tunai;

(b)

secara kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Pertubuhan dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”; atau

(c)

secara kad kredit, kad debit atau pemindahan wang secara elektronik.

(3)

Apabila menerima Borang SR 3 Jadual, Pertubuhan boleh menyerahkan suatu notis secara bertulis dalam Borang SR 4 Jadual kepada majikan melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima untuk mengarahkan majikan untuk memotong caruman itu.

(4)

Apabila menerima Borang SR 4 Jadual, majikan hendaklah mematuhi arahan

Pertubuhan yang dinyatakan dalam Borang SR 4 dan memotong gaji suami suri rumah atau suri rumah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan

Borang SR 4 atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pertubuhan.

10

Ketidakupayaan suami untuk membayar caruman

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023