Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023

Seksyen 13

(1)

Jika seorang suami suri rumah telah memilih untuk membayar caruman berkenaan dengan suri rumah itu di bawah subperaturan 5(1) atau (3) dan—

(a)

belum membayar caruman tetapi menjadi tidak berupaya untuk membayar caruman disebabkan oleh kehilangan pendapatan atau kerana apa-apa sebab lain, suami suri rumah itu hendaklah memaklumkan Pertubuhan berkenaan dengan ketidakupayaannya untuk membayar caruman dengan mengemukakan suatu notis bertulis dalam Borang SR 5 Jadual bersama dengan apa-apa dokumen, maklumat dan butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang SR 5; atau

(b)

telah membayar caruman berkenaan dengan suri rumah itu tetapi menjadi tidak berupaya untuk membayar caruman yang baharu disebabkan oleh kehilangan pendapatan atau kerana apa-apa sebab lain, suami suri rumah itu hendaklah memaklumkan Pertubuhan berkenaan dengan ketidakupayaannya untuk membayar caruman dengan mengemukakan suatu notis bertulis dalam Borang SR 5

Jadual bersama dengan apa-apa dokumen, maklumat dan butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang SR 5.

(2)

Notis dalam Borang SR 5 Jadual hendaklah dikemukakan kepada dan diakui penerimaan oleh Pertubuhan—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), dalam masa tiga puluh hari dari tarikh suami suri rumah itu telah memilih untuk membayar caruman; dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum habis tempoh caruman yang sedia ada.

11

(3)

Selepas Pertubuhan menerima Borang SR 5 Jadual—

(a)

suri rumah itu boleh membayar caruman mengikut subperaturan 5(2) bagi tempoh caruman yang baharu; dan

(b)

suami suri rumah itu boleh pada bila-bila masa memilih semula untuk membayar caruman mengikut subperaturan 5(3)

sebaik sahaja dia boleh membayar caruman berkenaan dengan suri rumahnya.

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023