Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023

Seksyen 4

Penggantungan dan pembatalan pelantikan penilai perubatan

(1)

Pertubuhan boleh menggantung pelantikan penilai perubatan jika hal keadaan yang berikut berlaku:

(a)

suatu aduan telah dibuat oleh mana-mana orang kepada

Pertubuhan terhadap penilai perubatan itu;

(b)

suatu pengataan telah dibuat oleh mana-mana orang terhadap penilai perubatan itu bahawa penilai perubatan itu telah melanggar

Kod Tatalaku Profesional yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan

Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia;

(c)

penilai perubatan itu gagal menghadiri apa-apa latihan yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan; atau

(d)

penilai perubatan itu telah memungkiri apa-apa syarat pelantikan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Pertubuhan hanya boleh menggantung pelantikan penilai perubatan selepas berpuas hati bahawa terdapat merit dalam menggantung pelantikan itu.

(3)

Jika Pertubuhan memutuskan untuk menggantung pelantikan penilai perubatan, Pertubuhan hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai penggantungan itu kepada penilai perubatan itu.

(4)

Apabila pelantikan penilai perubatan digantung di bawah subperaturan (3), Pertubuhan hendaklah memulakan suatu siasatan berkenaan dengan aduan, pengataan, kegagalan atau kemungkiran yang disebut dalam subperaturan (1)

dan penilai perubatan itu hendaklah mempunyai hak untuk membuat representasi.

6

(5)

Selepas mengambil kira representasi yang dibuat oleh penilai perubatan dan apabila siasatan di bawah subperaturan (4) selesai, Pertubuhan hendaklah memutuskan sama ada untuk menarik balik penggantungan atau membatalkan pelantikan penilai perubatan itu.

(6)

Pertubuhan hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subperaturan (5) kepada penilai perubatan secepat yang boleh dilaksanakan.

(7)

Walau apa pun pelantikan seseorang sebagai penilai perubatan dibatalkan di bawah subperaturan (5), Pertubuhan boleh melantik semula orang itu sebagai penilai perubatan jika orang itu telah mengambil langkah yang perlu dan munasabah untuk membetulkan apa-apa aduan, pengataan, kegagalan atau kemungkiran yang disebut dalam subperaturan (1).

Penentuan persoalan mengenai keilatan atau hilang upaya kekal

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023