Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023

Seksyen 5

(1)

Bagi maksud menentukan apa-apa persoalan mengenai keilatan atau hilang upaya kekal di bawah seksyen 46 Akta, penilai perubatan hendaklah memeriksa seseorang suri rumah berinsurans dan mempertimbangkan dokumen yang berikut:

(a)

borang tuntutan bagi faedah;

(b)

laporan perubatan yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang merawat suri rumah berinsurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

laporan penyiasatan klinikal yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

laporan mengenai tuntutan bagi faedah yang terdahulu yang dibuat oleh suri rumah berinsurans itu di bawah Akta;

7

(e)

laporan mengenai apa-apa kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis yang dijalani oleh suri rumah berinsurans itu, jika ada; atau

(f)

dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan atau penilai perubatan.

(2)

Penilai perubatan hendaklah hanya memeriksa seseorang suri rumah berinsurans yang telah menjalani rawatan perubatan yang dijalankan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas mempertimbangkan keterangan di bawah subperaturan (1), penilai perubatan hendaklah menentukan persoalan di bawah subseksyen 46(1) Akta dan penilai perubatan itu boleh, semasa membuat penentuan—

(a)

menghendaki keterangan lanjut, jika perlu; atau

(b)

menangguhkan penentuan sehingga suri rumah berinsurans itu selesai menjalani rawatan perubatan atau pemulihan jasmani, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Dalam penentuan yang dibuat di bawah subperaturan (3), penilai perubatan boleh mengesyorkan kepada Pertubuhan supaya suri rumah berinsurans diberikan kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis.

(5)

Bagi maksud peraturan ini, “laporan perubatan” ertinya suatu laporan perubatan yang dibuat di bawah peraturan 28 Peraturan-Peraturan

Keselamatan

Sosial

Suri

Rumah

(Faedah,

Kemudahan

Pemulihan

Jasmani dan Dialisis) 2023 [P.U. (A) 200/2023].

8

Keputusan Pertubuhan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023