Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 11
(1)
Pengerusi boleh mengarahkan bahawa apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan di bawah Akta didengar atau mana-mana prosiding dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh sebagaimana yang diluluskan oleh Pengerusi.
(2)
Kuasa yang diberikan kepada Pengerusi dalam subperaturan (1)
boleh dijalankan atas usulnya sendiri atau atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak kepada suatu prosiding mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
(3)
Jika suatu permohonan dibuat di bawah subperaturan
(2)
,
Pengerusi boleh, jika difikirkan sesuai, meluluskan permohonan itu tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
9
(4)
Selepas meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (2),
Pengerusi boleh memberikan arahan tentang penjalanan lanjut prosiding itu berhubung dengan persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan itu.
Kehadiran pihak dan saksi melalui teknologi komunikasi jarak jauh