Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023

Seksyen 12

(1)

Berhubung dengan kehadiran mana-mana pihak atau saksi, dalam mana-mana prosiding atau keterangan yang diberikan secara sendiri,

Pengerusi boleh, setelah berpuas hati bahawa semua syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2) dipenuhi, mengarahkan—

(a)

pihak kepada prosiding itu untuk hadir prosiding itu secara teknologi komunikasi jarak jauh; atau

(b)

saksi untuk memberikan keterangan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

(2)

Syarat yang disebut dalam subperaturan (1) adalah seperti yang berikut:

(a)

dalam hal suatu pihak, untuk hadir semasa tempoh yang dinyatakan dan dari suatu tempat yang dinyatakan oleh Pengerusi menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh itu;

(b)

dalam hal seorang saksi, untuk memberikan keterangan semasa tempoh yang dinyatakan dan dari suatu tempat yang dinyatakan oleh Pengerusi menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh; dan

(c)

terdapat kemudahan pentadbiran dan teknikal yang mencukupi dan perkiraan dibuat di tempat yang pihak atau saksi itu akan hadir atau memberikan keterangan.

10

(3)

Kehadiran dan keterangan yang diberikan melalui teknologi komunikasi jarak jauh dalam mana-mana prosiding mengikut arahan Pengerusi di bawah subperaturan (1) boleh dikira sebagai kehadiran dan keterangan yang diberikan secara sendiri dalam prosiding itu dan menjadi sebahagian daripada rekod prosiding bagi Tribunal itu.

Kuasa untuk membatalkan arahan bagi prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023