Malaysia legislation
Section 21
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014
Seksyen 21
Mana-mana orang yang melanggar Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.
P.U. (A) 270 19
Pindaan Jadual 13.
Jadual kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan memotong perenggan 7;
(b)
dengan menggantikan perenggan 8 dengan perenggan yang berikut:
“8.
Bejana tekanan tidak berapi termasuk pensteril, pemvulkan dan autoklaf, yang di dalamnya bahan-bahan untuk diproses ditempatkan, dan bejana tekanan berapi.”;
(c)
dalam perenggan 9, dengan memotong perkataan “jenkaut,”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas perenggan 9 perenggan yang berikut:
“10.
Kelengkapan pengendalian bahan termasuk forklift, konveyer, penindan, ekskavator, traktor, pembuang atau jentolak.”.
Dibuat 24 September 2014
[KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10/4; PN(PU2)235/XLII]
DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 270 20
FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967
FACTORIES AND MACHINERY (PERSONS-IN-CHARGE) (AMENDMENT) REGULATIONS
2014