Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014
Seksyen 3
Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “drebar” takrif yang berikut:
‘ “enjin stim” ertinya semua penggerak utama yang menggunakan wap daripada suatu dandang bagi kuasa penggerak, pemampat pacuan stim dan pam stim tetapi tidak termasuk enjin bantu dan pam stim yang digunakan hanya sebagai perlengkapan bagi pengendalian dandang;’;
(b)
dalam takrif “jurutera pelawat”, dengan menggantikan perkataan “diambil bekerja oleh pemunya” dengan perkataan “dilantik oleh penghuni”;
P.U. (A) 270 3
(c)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan takrif “pemukaan memanas” dengan takrif yang berikut:
‘ “ permukaan pemanasan” ertinya, berhubung dengan mana-mana dandang stim, jumlah permukaan semua plat dan tiub yang terdedah kepada haba pada satu sisi dan bersentuh dengan air pada satu sisi yang lain, diukur pada sisi air atau api, mengikut mana-mana yang lebih luas, dan tidak termasuk permukaan pemanasan mana-mana penjimat haba dan pemanas lampau yang disambungkan kepada dandang stim itu;’;
(d)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, ialah satu ratus meter persegi atau kurang, seorang drebar gred dua hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
(e)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Bagi maksud subperaturan (2), seseorang penghuni hendaklah memastikan bahawa—
(a)
drebar gred dua yang menjaga itu membuat pemerhatian langsung ke atas pengendalian dandang stim atau dandang-dandang stim itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat jam bagi setiap syif; dan
P.U. (A) 270 4
(b)
drebar gred dua yang menjaga itu berada dalam lingkungan lima puluh meter dari dandang stim atau dandang-dandang stim itu.
(2B)
Walau apa pun subperaturan (2A), drebar gred dua itu boleh menjalankan apa-apa tugas lain yang dikehendaki oleh penghuni dengan syarat bahawa—
(a)
tugas itu tidak menjejaskan kewajipan drebar gred dua itu di bawah subperaturan (2) dan (2A); dan
(b)
tugas itu adalah yang bersifat boleh dihentikan dengan serta-merta tanpa menyebabkan gangguan kepada jentera lain atau pengendalian kilang.
(2C)
Jika lebih daripada satu dandang stim disambungkan kepada suatu jajaran yang sama atau jika terdapat lebih daripada satu enjin stim yang berkaitan, drebar gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (2) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua lain yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
(f)
dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:
“(3)
Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada satu ratus meter persegi tetapi tidak lebih daripada dua ratus meter persegi, seorang drebar gred satu hendaklah—
P.U. (A) 270 5
(a)
menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu pada setiap syif; dan
(b)
dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
(g)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada dua ratus meter persegi tetapi tidak lebih daripada lima ratus meter persegi—
(a)
seorang drebar gred satu hendaklah—
(i)
menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu pada setiap syif;
dan
(ii)
dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar; dan
P.U. (A) 270 6
(b)
penghuni hendaklah melantik seorang jurutera pelawat gred dua.”;
(h)
dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ratus meter persegi tetapi tidak lebih daripada dua ribu meter persegi, seorang jurutera gred dua hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
(i)
dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:
“(5A) Jurutera gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (5)
hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
(j)
dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:
“(6) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada dua ribu meter persegi tetapi tidak lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
P.U. (A) 270 7
(k)
dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:
“(6A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6)
hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.
(6B)
Jika lebih daripada satu dandang stim disambungkan kepada suatu jajaran yang sama atau jika terdapat lebih daripada satu enjin stim yang berkaitan, jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6) hendaklah dibantu oleh seorang jurutera gred dua.”;
(l)
dengan menggantikan subperaturan (7) dengan subperaturan yang berikut:
“(7) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
(m)
dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:
“(7A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (7)
hendaklah dibantu pada setiap syif oleh seorang jurutera gred dua bersama dengan apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
P.U. (A) 270 8
(n)
dengan memotong subperaturan (8); dan
(o)
dengan menggantikan subperaturan (9) dengan subperaturan yang berikut:
“(9)
Walau apa pun peruntukan peraturan ini, seseorang drebar tidak boleh dikehendaki untuk menjaga—
(a)
dandang stim daripada jenis yang berikut:
(i)
dandang elektrod;
(ii)
ketuhar tiub stim;
(iii)
plat pemanas tiub stim;
(iv)
autoklaf; dan
(v)
apa-apa dandang stim yang di dalamnya stim yang dijanakan tersimpan;
(b)
dandang air panas; dan
(c)
pemanas minyak terma.”.
Pindaan peraturan 6