Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014

Seksyen 4

Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dalam takrif “jurutera pelawat”, dengan menggantikan perkataan

“yang diambil bekerja oleh seseorang pemunya” dengan perkataan

“yang dilantik oleh penghuni”; dan

(ii)

dengan memotong takrif “kuasa-kuda”;

P.U. (A) 270 9

(b)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Jika keluaran terkadar yang tertinggi bagi mana-mana enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan adalah lebih daripada lima ratus kilowatt tetapi tidak lebih daripada satu ribu kilowatt, seorang drebar gred dua hendaklah menjaga pada setiap satu syif.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(2A) Jika terdapat lebih daripada satu enjin pembakaran dalam di dalam pepasangan yang disebutkan dalam subperaturan (2), drebar gred dua yang menjaga hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua lain yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar gred dua yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua enjin bagi setiap seorang drebar.”;

Bagi maksud subperaturan (2) dan (2A), penghuni hendaklah memastikan bahawa—

(a)

drebar gred dua yang menjaga itu membuat pemerhatian langsung ke atas pengendalian enjin pembakaran dalam atau enjin-enjin pembakaran dalam itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat jam bagi setiap syif; dan

(b)

drebar gred dua yang menjaga itu berada di dalam lingkungan lima puluh meter dari enjin pembakaran dalam atau enjin-enjin pembakaran dalam itu.

P.U. (A) 270 10

(2C)

Walau apa pun subperaturan (2B), drebar gred dua itu boleh menjalankan apa-apa tugas lain yang dikehendaki oleh penghuni dengan syarat bahawa—

(a)

tugas itu tidak menjejaskan kewajipan drebar gred dua itu di bawah subperaturan (2) dan (2B); dan

(b)

tugas itu adalah yang bersifat boleh dihentikan dengan serta-merta tanpa menyebabkan gangguan kepada jentera lain atau pengendalian kilang.”;

(d)

dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:

“(3)

Jika keluaran terkadar yang tertinggi bagi mana-mana enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan adalah lebih daripada satu ribu kilowatt tetapi tidak lebih daripada lima ribu kilowatt, seorang drebar gred satu hendaklah menjaga pada setiap syif.”;

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A) Jika terdapat lebih daripada satu enjin pembakaran dalam di dalam pepasangan yang disebut dalam subperaturan (3), drebar gred satu yang menjaga hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua lain yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua enjin bagi setiap seorang drebar.

(3B)

Sebagai tambahan kepada kehendak di bawah subperaturan (3) dan (3A), penghuni hendaklah melantik seorang jurutera pelawat gred dua.”;

P.U. (A) 270 11

(f)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Jika jumlah keseluruhan keluaran terkadar bagi beberapa enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan adalah lebih daripada lima ribu kilowatt tetapi tidak lebih daripada dua puluh lima ribu kilowatt, seorang jurutera gred dua hendaklah menjaga enjin-enjin itu.”;

(g)

dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:

“(4A) Jurutera gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (4)

hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua enjin bagi setiap seorang drebar.”;

(h)

dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:

“(5)

Jika jumlah keseluruhan keluaran terkadar bagi beberapa enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan adalah lebih daripada dua puluh lima ribu kilowatt tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu kilowatt, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga enjin-enjin itu.”;

(i)

dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:

“(5A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (5)

hendaklah dibantu oleh seorang jurutera gred dua dan pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk

P.U. (A) 270 12

memastikan bahawa tidak lebih daripada dua enjin bagi setiap seorang drebar.”;

(j)

dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:

“(6) Jika jumlah keseluruhan keluaran terkadar bagi beberapa enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan adalah lebih daripada lima puluh ribu kilowatt, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga enjin-enjin itu.”;

(k)

dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:

“(6A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6)

hendaklah dibantu pada setiap syif oleh seorang jurutera gred dua bersama dengan apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua enjin bagi setiap seorang drebar.”;

(l)

dengan memotong subperaturan (7) dan (8); dan

(m)

dengan menggantikan perenggan (9)(ii) dengan perenggan yang berikut:

“(ii)

yang tidak lebih daripada lima ratus kilowatt; atau”.

Pindaan peraturan 10

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014