Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016
Seksyen 12
(1)
Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemohon melalui suatu notis bertulis tentang keputusannya sama ada sesuatu permohonan bagi penguntukan diluluskan atau ditolak—
(a)
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor biasa, dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh permohonan;
(b)
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor khas, dalam masa empat puluh lima hari bekerja dari tarikh permohonan; atau
(c)
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor dihargai, dalam masa yang ditetapkan dalam pelawaan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah peraturan 9.
(2)
Jika Suruhanjaya tidak meluluskan atau tidak menolak permohonan itu selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c),
Suruhanjaya disifatkan telah menolak permohonan itu.
Pengeluaran penguntukan oleh Suruhanjaya