Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 13

(1)

Jika sesuatu kelulusan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan suatu permohonan bagi penguntukan nombor untuk perkhidmatan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, pemohon hendaklah dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh notis kelulusan, membayar fi penguntukan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan

11

elektronik dan Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu perakuan penguntukan kepada pemohon itu.

(2)

Jika pemohon itu gagal untuk membayar fi penguntukan dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (1), kelulusan itu luput.

(3)

Perakuan penguntukan yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah mengandungi syarat standard yang dinyatakan dalam peraturan 14 dan apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Syarat standard penguntukan

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016