Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 14

(1)

Sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah mengandungi syarat standard seperti yang berikut:

(a)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah menggunakan nombor yang diuntukkan bagi maksud yang dinyatakan dalam penguntukan;

(b)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk memaksimumkan penggunaan mana-mana penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini;

(c)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah menyenggara suatu pelan bagi pengeluaran dan pengeluaran semula nombor mengikut

Peraturan-Peraturan ini dan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;

(d)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mengemukakan laporan penggunaan tahunan dalam format yang dinyatakan oleh

Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari 31 Disember dalam setiap tahun kalendar;

12

(e)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;

(f)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana standard mandatori yang didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta;

(g)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah

Akta;

(h)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi Akta dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan;

(i)

seseorang pemegang penguntukan tidak boleh mencagar, menjual, melelong, memperdagangkan atau memindahkan hakmilik apa-apa penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini; dan

(j)

seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana syarat lain yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(i), pemudahalihan nombor bagi maksud perkhidmatan kemudahalihan nombor tidak boleh ditafsirkan sebagai pemindahan hakmilik mana-mana nombor yang diuntukkan.

13

Penggantungan atau pembatalan penguntukan

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016