Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (LESEN UNTUK MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012

Seksyen 10

(1)

Pemegang lesen hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh perubahan dalam apa-apa maklumat atau butir-butir dalam lesen, memaklumkan

Lembaga secara bertulis tentang perubahan itu.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), pemegang lesen hendaklah menyerahhak lesennya kepada Lembaga untuk meminda maklumat atau butir-butir.

P.U. (A) 256 7

(3)

Jika Lembaga meluluskan perubahan dalam apa-apa maklumat atau butir-butir dalam lesen, fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.

Penyenggaraan rekod

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (LESEN UNTUK MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012