Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Jika lesen hilang, musnah atau cacat, pemegang lesen hendaklah membuat laporan kepada Lembaga berkenaan dengan kehilangan, kemusnahan atau kecacatan itu.
(2)
Pemegang lesen hendaklah membuat suatu permohonan bagi salinan pendua lesen yang hilang, rosak atau musnah itu dalam Borang 5.
(3)
Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi salinan pendua lesen yang hilang, rosak atau musnah di bawah subperaturan (2), fi yang ditetapkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.
(4)
Lembaga boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan butir-butir lanjut, maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud permohonan itu.
(5)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa kehilangan, kemusnahan atau kecacatan lesen itu tidak melibatkan apa-apa fraud, Lembaga akan mengeluarkan lesen dalam bentuk yang sama seperti yang asal tetapi dengan perkataan “SALINAN
PENDUA” ditandai pada lesen itu.
(6)
Lesen pendua yang dikeluarkan di bawah subperaturan (4) hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti lesen yang asal.
Perubahan maklumat atau butir-butir