Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022
Seksyen 5
Kelayakan
(a)
orang itu ialah—
(i)
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;
(ii)
agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; atau
(iii)
pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing;
(b)
orang itu boleh menerima suatu deposit mikroorganisma, dan menyimpan mikroorganisma yang didepositkan itu bagi tempoh tiga puluh tahun dari tarikh pendepositan atau lima tahun dari tarikh permintaan untuk memberikan suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan, mengikut mana-mana yang terkemudian;
(c)
orang itu boleh memeriksa daya hidup suatu mikroorganisma yang didepositkan;
(d)
orang itu boleh memastikan suatu mikroorganisma yang didepositkan adalah berdaya hidup, tidak tercemar dan selamat;
P.U. (A) 221 4
(e)
orang itu boleh memberikan suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan atas permintaan oleh mana-mana orang lain, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis;
(f)
orang itu boleh menyimpan kerahsiaan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu mikroorganisma yang didepositkan; dan
(g)
orang itu mempunyai pusat sokongan untuk menyimpan suatu mikroorganisma yang didepositkan.
Permohonan untuk memperoleh status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan