Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022

Seksyen 6

Depositari Kebangsaan jika—

(1)

Mana-mana orang boleh membuat permohonan untuk memperoleh status

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan maklumat seperti yang berikut:

(a)

nama dan alamat orang itu;

(b)

nombor telefon orang itu;

(c)

alamat e-mel orang itu;

(d)

alamat laman sesawang orang itu;

(e)

status undang-undang penubuhan orang itu;

(f)

jenis mikroorganisma yang diterima bagi maksud penyimpanan oleh orang itu;

(g)

alamat pusat sokongan orang itu; dan

P.U. (A) 221 5

(h)

jumlah fee yang akan dikenakan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh orang itu.

(3)

Sebagai tambahan kepada subperaturan (2), permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan suatu perakuan bahawa orang itu telah memenuhi kelayakan yang dinyatakan dalam peraturan 5.

(4)

Apabila permohonan di bawah subperaturan (1) diterima, Pendaftar hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan membuat suatu keputusan.

(5)

Sebelum Pendaftar mempertimbangkan permohonan itu dan membuat suatu keputusan di bawah subperaturan (4), orang itu boleh, sekiranya perlu, memohon kepada Pendaftar untuk meminda apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam subperaturan (2) dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(6)

Selepas membuat keputusan di bawah subperaturan (4), Pendaftar hendaklah memberitahu orang itu berkenaan dengan keputusan itu.

(7)

Sekiranya Pendaftar meluluskan permohonan orang itu, Pendaftar hendaklah—

(a)

memberikan suatu status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan kepada orang itu dan mengenakan apa-apa syarat yang Pendaftar fikirkan patut, jika ada; dan

(b)

menyiarkan dalam Jurnal Rasmi maklumat yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (d) dan (f).

(8)

Status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang diperoleh oleh orang itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh penyiaran dalam Jurnal Rasmi.

P.U. (A) 221 6

Pindaan maklumat Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022