Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (TRIBUNAL PEKERJA GIG) 2026

Seksyen 4

Pendengaran

(1)

Suatu pendengaran di hadapan Tribunal boleh dijalankan secara fizikal atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh, mengikut mana-mana yang berkenaan.

P.U. (A) 144 4

(2)

Bagi maksud pernyataan bertulis di bawah subseksyen 41(1) Akta,

Tribunal boleh mengarahkan Pendaftar untuk menyediakan pernyataan bertulis.

(3)

Tribunal boleh membuat suatu award selepas memberi pertimbangan kepada keterangan yang dikemukakan semasa pendengaran.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.

Nota keterangan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (TRIBUNAL PEKERJA GIG) 2026