Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012

Seksyen 11

(1)

Tiap-tiap perjanjian jualan kredit hendaklah membenarkan penyelesaian awal pembayaran oleh pembeli kepada penjual atau pemberi kemudahan kredit.

P.U. (A) 89 9

(2)

Sekiranya pembeli membuat penyelesaian awal pembayaran sebelum habisnya tempoh perjanjian jualan kredit, penjual atau pemberi kemudahan kredit hendaklah memberikan rebat kepada pembeli itu.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), pemberian rebat boleh dikecualikan bagi barangan promosi atau jika barangan lain ditawarkan sebagai hadiah bagi barangan yang dijual.

(4)

Penjual atau pemberi kemudahan kredit tidak boleh mengenakan apa-apa penalti terhadap pembeli yang membuat penyelesaian awal pembayaran.

Penzahiran maklumat peribadi pembeli kepada pihak ketiga

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012