Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012
Seksyen 13
Penyelesaian pertikaian alternatif sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran
(1)
Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran oleh pembeli dalam tempoh yang telah dipersetujui dalam perjanjian jualan kredit, penjual atau pemberi kemudahan kredit boleh—
(a)
membuat tuntutan supaya pembeli membuat penyerahan secara sukarela dengan syarat bahawa notis yang berhubungan dengan penyerahan barangan secara sukarela hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh lima belas hari sebelum tarikh barangan perlu diserahkan;
(b)
membenarkan pembeli membuat perundingan dengan penjual atau pemberi kemudahan kredit untuk penyelesaian pertikaian alternatif; atau
(c)
kedua-duanya.
P.U. (A) 89 10
(2)
Penjual atau pemberi kemudahan kredit hendaklah memaklumkan secara bertulis apa-apa keputusan penyelesaian pertikaian alternatif kepada pembeli.
(3)
Bagi maksud peraturan ini, “penyerahan secara sukarela” ertinya proses yang membenarkan pembeli untuk menyerahkan barangan yang dibeli secara sukarela kepada penjual atau pemberi kemudahan kredit sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran oleh pembeli.
Kewajipan menyimpan dan menyenggara rekod pembayaran