Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012
Seksyen 16
Kecualian dan peralihan
(1)
Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menjejaskan liabiliti dan kewujudan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan jualan kredit untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah
Peraturan-Peraturan ini sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana prosiding yang dibawa atau hukuman yang dijatuhkan sebelum hari itu berhubung dengan kesalahan itu.
(2)
Semua transaksi, urus niaga dan kontrak yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang termasuklah apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau kontrak itu yang sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah disifatkan diteruskan menurut undang-undang dan sah di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Dibuat 16 Mac 2012
[KPDN(BUU)(PU2)26/5/54; PN(PU2)607/IV]
DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
P.U. (A) 89 12
CONSUMER PROTECTION ACT 1999
CONSUMER PROTECTION (CREDIT SALE) REGULATIONS 2012
_________________________________