Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PELINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2012
Seksyen 8
(1)
Walau apa pun peraturan 7, terma dan syarat perjanjian jualan kredit hendaklah juga termasuk butiran yang berikut:
(a)
penamatan perjanjian jualan kredit;
(b)
kesan kemungkiran perjanjian jualan kredit; dan
(c)
perundingan bagi penyelesaian dengan penjual atau pemberi kemudahan kredit sekiranya berlaku kemungkiran oleh pembeli.
(2)
Tandatangan atau cap ibu jari pembeli dan penjual atau pemberi kemudahan kredit atau mana-mana wakil yang diberi kuasa oleh pemberi kemudahan kredit adalah perlu sebagai pengendorsan bahawa—
(a)
jargon teknikal dan undang-undang telah dijelaskan kepada pembeli dalam bahasa yang mudah dan jelas serta boleh difahami olehnya;
P.U. (A) 89 8
(b)
terma dan syarat perjanjian jualan kredit telah dijelaskan kepada pembeli dan difahami olehnya; dan
(c)
maklumat yang dinyatakan dalam subperaturan 7(1) telah dimaklumkan kepada pembeli dan difahami olehnya.
(3)
Sesalinan perjanjian jualan kredit hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perjanjian jualan kredit ditandatangani.
Perjanjian jualan kredit bagi dua atau lebih jenis barangan