Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pemegang lesen hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk menghapuskan atau meminimumkan risiko kepada keselamatan di tempat kerja dan terutamanya―
(a)
hendaklah memastikan bahawa tempat kerja itu dilengkapkan, dikendalikan dan disenggarakan supaya pekerja boleh melaksanakan kerja mereka tanpa membahayakan keselamatan mereka;
(b)
hendaklah mengawasi, menilai dan membuat pemeriksaan tetap tentang persekitaran kerja untuk mengenal pasti pelbagai mudarat dan bahaya yang mungkin yang kepadanya pekerja boleh terdedah serta untuk menilai tahap pendedahan mereka;
(c)
hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya berhubungan dengan sifat pengendalian di tempat kerja bagi mengesan, mencegah dan memerangi bermulanya dan merebaknya kebakaran dan letupan atau bahaya lain;
(d)
hendaklah memastikan bahawa apabila terdapat bahaya yang serius kepada keselamatan pekerja, semua kerja dihentikan operasinya dan pekerja dipindahkan ke tempat yang selamat;
(e)
hendaklah menyediakan seliaan dan kawalan yang mencukupi pada setiap syif kerja untuk memastikan keselamatan di tempat kerja;
9
(f)
hendaklah menyediakan kelengkapan keselamatan yang mencukupi termasuklah kemudahan pertolongan cemas dan rawatan kecemasan;
dan
(g)
hendaklah menampal notis di tempat kerja yang mudah dilihat yang mengandungi tindakan yang hendaklah diambil jika berlaku kecemasan dan suatu pelan yang menunjukkan tempat telefon atau komunikasi lain, kelengkapan, stesen pertolongan cemas, alat pemadam kebakaran dan alat penyelamat lain.
(2)
Jika pekerja terdedah kepada mudarat fizikal, kimia atau biologi, pemegang lesen―
(a)
hendaklah memaklumkan pekerja dengan cara yang komprehensif tentang mudarat yang berkaitan dengan kerja mereka, risiko kesihatan yang terlibat dan langkah-langkah pencegahan dan perlindungan yang berkaitan yang hendaklah diambil;
(b)
hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menghapuskan atau meminimumkan risiko akibat mudarat itu; dan
(c)
jika perlindungan yang mencukupi terhadap risiko kemalangan atau kecederaan kepada kesihatan termasuklah pendedahan kepada keadaan buruk tidak dapat dipastikan, hendaklah menyediakan dan menyenggarakan tanpa kos kepada pekerja, kelengkapan perlindungan persendirian, kelengkapan pernafasan dan resusitasi kecemasan, pakaian dan kemudahan lain.
(3)
Jika risiko kepada keselamatan mana-mana orang timbul disebabkan ketidakpatuhan kepada pelan pengurusan keselamatan oleh kontraktor atau pekerjanya, kontraktor atau pekerjanya itu hendaklah diarahkan oleh pemegang lesen untuk
10
menghentikan kerja dengan segera dan tidak boleh memulakan semula kerja sehingga apa-apa kehendak dipatuhi oleh kontraktor atau pekerjanya.
(4)
Walau apa pun subperaturan (3), jika pemegang lesen berpendapat bahawa penghentian kerja dengan segera berkemungkinan meningkatkan risiko kepada keselamatan, dia hendaklah mengarahkan kontraktor untuk menghentikan kerja sebaik sahaja ia selamat untuk berbuat demikian.
(5)
Seseorang pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pekerjanya—
(a)
mematuhi apa-apa langkah keselamatan yang disediakan di tempat kerja;
(b)
sebelum memulakan kerja dan pada selang yang kerap semasa syifnya, memeriksa keselamatan tempat kerja dan apa-apa kelengkapan atau kemudahan yang dimaksudkan untuk digunakan olehnya selamat untuk digunakan;
(c)
mengambil apa-apa jagaan yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatannya sendiri dan orang lain yang mungkin terjejas oleh perbuatan atau peninggalannya semasa kerja, termasuklah jagaan dan penggunaan yang sepatutnya bagi pakaian, kemudahan dan kelengkapan;
(d)
melaporkan dengan segera kepada pemegang lesen tentang apa-apa situasi yang dia percaya boleh mengakibatkan risiko kepada keselamatan atau kesihatan orang lain; dan
(e)
bekerjasama dengan pemegang lesen berkenaan dengan aspek kewajipan dan tanggungjawab pekerja di tempat kerja.
11
Program latihan keselamatan