Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Seseorang pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tiada pekerja yang menjalankan tugas di lombong permukaan melainkan jika pekerja itu telah selesai latihan asas.
(2)
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pekerja diberikan latihan ulang kaji sekurang-kurangnya dua puluh empat jam setahun.
(3)
Pemegang lesen hendaklah menyediakan program latihan keselamatan bagi pekerjanya seperti yang berikut:
(a)
latihan asas dan latihan ulang kaji mengenai perkara keselamatan yang hendaklah termasuk yang berikut:
(i)
pengenalan kepada pelan pengurusan keselamatan dan tatacara tindak balas kecemasan;
(ii)
latihan khusus kaedah-kaedah perlombongan dan kelengkapan yang digunakan; dan
(iii)
pengenalan kepada hak dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta;
(b)
suatu latihan khusus bagi pasukan penyelamat lombong yang hendaklah termasuk yang berikut:
(i)
latihan pertolongan cemas yang sewajarnya yang menekankan tentang keselamatan orang yang memberi pertolongan cemas dan keselamatan orang yang menerima pertolongan cemas;
12
(ii)
pengenalan kepada penggunaan, jagaan dan penyenggaraan kelengkapan menyelamat; dan
(iii)
tatacara penyelamatan lombong; dan
(c)
apa-apa keperluan latihan tambahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Penolong Pengarah.
(4)
Pemegang lesen hendaklah―
(a)
melantik mana-mana orang yang, pada pendapatnya, kompeten untuk mengendalikan program latihan keselamatan; dan
(b)
menyimpan dan menyenggara rekod latihan dan apa-apa penilaian yang diberikan atau dijalankan.
Kewajipan tentang keselamatan semasa kerja sebelum penjelajahan