Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Pemegang lesen mineral yang menjalankan aktiviti penyimpanan mineral dan pemegang lesen memproses mineral hendaklah, tertakluk kepada kelulusan
Penolong Pengarah, melantik seorang pengurus premis.
(2)
Jika pengurus premis yang dilantik di bawah subperaturan (1) terhenti menjadi pengurus premis, pemegang lesen yang disebut dalam subperaturan (1)
hendaklah, tertakluk kepada kelulusan Penolong Pengarah, dalam tempoh tiga hari daripada tarikh pemberhentian itu melantik seorang pengurus premis yang lain.
(3)
Jika pemegang lesen ialah orang perseorangan, dia boleh, tertakluk kepada kelulusan Penolong Pengarah, melantik dirinya sendiri sebagai pengurus premis.
(4)
Seorang pemegang lesen yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pemegang lesen atau pengurus premis