Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(1)
Seorang pemegang lesen mineral yang menjalankan aktiviti penyimpanan mineral atau pengurus premis hendaklah mematuhi pelan pengurusan penyimpanan dan hendaklah—
(a)
mengendali dan menyenggara tempat kerja dalam apa-apa cara yang pekerja boleh melaksanakan kerja mereka tanpa membahayakan keselamatan mereka;
P.U. (A) 337 15
(b)
mengawasi, menilai dan membuat pemeriksaan biasa tempat kerja untuk mengenal pasti kemalangan yang boleh berlaku;
(c)
mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya di tempat kerja untuk mencegah kebakaran dan letupan;
(d)
jika terdapat bahaya yang serius kepada keselamatan pekerja, memastikan semua kerja dihentikan dan pekerja dipindahkan ke tempat yang selamat;
(e)
memastikan penyeliaan dan kawalan yang mencukupi disediakan pada setiap syif kerja;
(f)
menyediakan kelengkapan keselamatan yang mencukupi termasuk kit pertolongan cemas;
(g)
menampal notis yang mengandungi tindakan yang perlu diambil jika berlaku kecemasan di tempat kerja pada tempat yang mudah dilihat dan pelan yang menunjukkan lokasi telefon atau kelengkapan komunikasi lain, stesen pertolongan cemas, alat pemadam api dan kelengkapan penyelamat lain; dan
(h)
mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk meminimumkan risiko kemalangan di tempat kerja.
(2)
Pemegang lesen memproses mineral atau pengurus premis hendaklah mematuhi skim pemprosesan mineral.
(3)
Mana-mana pemegang lesen mineral yang menjalankan aktiviti penyimpanan mineral atau pengurus premis yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 337 16
(4)
Mana-mana pemegang lesen yang menjalankan aktiviti pemprosesan mineral atau pengurus premis yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5)
Bagi maksud peraturan ini, “tempat kerja” ertinya mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud penyimpanan atau pemprosesan mineral.
Penyata statistik