Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(1)
Pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral atau pengurus premis hendaklah mengemukakan penyata statistik bulanan yang terkini mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral atau pengurus premis yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3)
Penyata statistik bulanan yang disebut dalam subperaturan (1) ertinya penyata statistik yang mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
kuantiti dan gred mineral yang dibeli dan nama penjual mineral;
(b)
kuantiti dan gred mineral yang dijual dan nama pembeli mineral;
(c)
jumlah penggunaan tenaga elektrik dan bahan api;
(d)
jenis dan kuantiti bahan kimia yang digunakan ,jika berkenaan;
(e)
stok mineral;
(f)
royalti yang dibayar, jika berkenaan;
P.U. (A) 337 17
(g)
bilangan pekerja termasuk kewarganegaraan dan kategori pekerjaan; dan
(h)
maklumat berkenaan dengan pelaburan, jika berkenaan.
Penyenggaraan rekod operasi