Malaysia legislation

Section 23

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016

Seksyen 23

Rayuan

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah atau

Penolong Pengarah yang menolak untuk mengeluarkan suatu lesen di bawah peraturan 8, yang menolak untuk memperbaharui suatu lesen di bawah peraturan 9, atau yang membatalkan suatu lesen di bawah peraturan 16 boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Ketua Pengarah terhadap keputusan itu.

P.U. (A) 337 18

(2)

Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subperaturan (1)—

(a)

mengesahkan keputusan Pengarah atau Penolong Pengarah;

(b)

membatalkan keputusan Pengarah atau Penolong Pengarah; atau

(c)

menggantikan keputusan Pengarah atau Penolong Pengarah dengan apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah.

Peruntukan peralihan

Section 23 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016