Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1)
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, sedang menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, memohon bagi suatu lesen di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Sementara menunggu keputusan permohonan yang disebut dalam subperaturan (1), orang itu bolehlah terus menjalankan aktiviti itu.
(3)
Jika Pengarah atau Penolong Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak meluluskan permohonan yang disebut dalam subperaturan (1), pemohon hendaklah memberhentikan aktiviti yang dijalankan dan tiada pampasan perlu dibayar oleh Pengarah atau Penolong Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa kerugian yang ditanggung atau kerosakan yang dialami oleh orang itu.
P.U. (A) 337 19