Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (PELESENAN) 2019

Seksyen 2

(1)

Mana-mana syarikat yang disebut dalam seksyen 36 Akta yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti sukan hendaklah memohon bagi suatu lesen kepada

Pesuruhjaya dengan mengemukakan suatu pemohonan bertulis dalam borang yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat—

(a)

bagi aktiviti sukan tempatan, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh aktiviti sukan itu; dan

(b)

bagi aktiviti sukan antarabangsa, tidak kurang daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh aktiviti sukan itu.

(3)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:

(a)

salinan perakuan pemerbadanan syarikat yang diperakui;

P.U. (A) 57 3

(b)

salinan perlembagaan syarikat yang diperakui; dan

(c)

apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh

Pesuruhjaya.

Pemberian atau keengganan memberikan lesen

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (PELESENAN) 2019