Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (PELESENAN) 2019

Seksyen 3

(1)

Pesuruhjaya boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi suatu lesen di bawah peraturan 2, memberikan lesen atau enggan memberikan lesen itu kepada syarikat.

(2)

Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk memberikan lesen di bawah subperaturan (1), Pesuruhjaya hendaklah menghendaki syarikat itu untuk membayar fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(3)

Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, Pesuruhjaya hendaklah memberitahu syarikat secara bertulis tentang keengganan itu.

(4)

Lesen yang diberikan kepada syarikat di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah sah bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.

(5)

Pesuruhjaya boleh mengenakan apa-apa syarat apabila memberikan suatu lesen di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Syarat lesen

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (PELESENAN) 2019