Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) (PINDAAN) 2017

Seksyen 10

(1)

Berhubung dengan pembayaran yang dibuat dalam bentuk cek, cek bank, draf bank, kiriman wang, wang pos atau tunai sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 9(1)(c)(i), Borang 2 Jadual yang telah ditentusahkan oleh bank yang diluluskan hendaklah menjadi keterangan prima facie yang levi, tunggakan levi atau faedah telah dibayar dan hendaklah diterima sebagai penerimaan pembayaran oleh Perbadanan.

(2)

Berhubung dengan pembayaran yang dibuat dengan cara perbankan internet sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 9(1)(c)(ii), slip rekod transaksi bank yang diluluskan hendaklah menjadi keterangan prima facie yang levi, tunggakan levi atau faedah telah dibayar dan hendaklah diterima sebagai penerimaan pembayaran oleh

Perbadanan.”.

Pindaan peraturan 11 10.

Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan

(1)

, dengan menggantikan perkataan

“yang hendaklah ditaksirkan sama ada oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai Perbadanan” dengan perkataan “Jadual bersama dengan apa-apa dokumen yang berkaitan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Tunggakan levi yang dikemukakan dalam Borang 3

di bawah subperaturan (1) hendaklah ditaksirkan oleh majikan tertakluk

6

kepada penentusahan oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai Perbadanan.”.

Pindaan peraturan 14

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) (PINDAAN) 2017