Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(a)
direka oleh pengendali luar pesisir mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat;
(b)
diserahkan kepada Agensi menurut peraturan 15; dan
(c)
diluluskan oleh Agensi.
(2)
Aktiviti pemantauan hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
membuat perbandingan antara tindak balas sebenar dengan tindak balas model bagi karbon dioksida dan air bentukan, di tapak penyimpanan;
(b)
mengesan apa-apa ketidakteraturan yang signifikan;
(c)
mengesan apa-apa pemindahan karbon dioksida;
(d)
mengesan apa-apa kebocoran karbon dioksida;
P.U. (A) 346 30
(e)
mengesan apa-apa kesan buruk yang signifikan bagi kawasan sekitar;
(f)
menilai keberkesanan apa-apa langkah pembetulan yang diambil menurut peraturan 37; dan
(g)
mengemas kini penilaian sekuriti, keselamatan dan keutuhan kompleks penyimpanan dalam jangka masa pendek dan panjang, termasuk penilaian sama ada karbon dioksida yang disimpan akan dibendung sepenuhnya dan selama-lamanya.
(3)
Rancangan pemantauan itu hendaklah dikemas kini oleh pengendali luar pesisir sebagaimana yang dikehendaki oleh Agensi, atau sebagaimana atau apabila disifatkan sebagai perlu oleh pengendali luar pesisir mengikut pendekatan berdasarkan risiko yang saling dipersetujui oleh pengendali luar pesisir dan Agensi, dengan mengambil kira perkara yang berikut:
(a)
apa-apa perubahan pada risiko kebocoran yang dinilai;
(b)
apa-apa perubahan pada risiko berhubung dengan kesihatan dan keselamatan manusia dan alam sekitar yang dinilai; dan
(c)
apa-apa perubahan pada pengetahuan saintifik terkini dan penambahbaikan yang tersedia dalam teknologi.
(4)
Rancangan pemantauan yang dikemas kini hendaklah dikemukakan kepada
Agensi untuk kelulusan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Pelaporan oleh pengendali luar pesisir