Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut apa-apa kekerapan yang ditentukan oleh Agensi, pengendali luar pesisir hendaklah mengemukakan kepada
Agensi perkara yang berikut:
(a)
semua hasil pemantauan yang dijalankan semasa tempoh pelaporan menurut peraturan 34, termasuk maklumat mengenai teknologi pemantauan yang digunakan;
(b)
kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang dihantar dan disuntik semasa tempoh pelaporan, termasuk komposisi arus itu, yang didaftarkan menurut seksyen 28(5) Akta;
(c)
bukti menjadikan tersedia dan mengekalkan jaminan kewangan menurut peraturan 14; dan
(d)
apa-apa maklumat lain yang dianggap perlu oleh Agensi bagi tujuan menilai pematuhan syarat lesen penyimpanan luar pesisir dan meningkatkan pengetahuan berhubung dengan tindak balas karbon dioksida di tapak penyimpanan.
Pemeriksaan dan penyiasatan