Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 13
(1)
Mana-mana pengendali zoo yang hendak mengadakan suatu aktiviti pertunjukan hidupan liar di zoo di bawah pengendaliannya hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua
Pengarah boleh meluluskan permohonan di bawah subperenggan (1) dengan syarat pertunjukan hidupan liar itu—
(a)
dipersembahkan berasaskan kelakuan semula jadi hidupan liar itu;
(b)
tidak melibatkan apa-apa paksaan, penderaan atau apa-apa unsur paksaan terhadap hidupan liar itu; dan
(c)
tidak mengakibatkan penderitaan, kesakitan dan ketakutan kepada hidupan liar itu.
P.U. (A) 36 8
(3)
Hidupan liar yang digunakan bagi aktiviti pertunjukan hidupan liar tidak boleh ditempatkan di dalam kurungan pemindahan lebih daripada satu jam dalam sehari.
Wang cagaran