Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 14
(1)
Walau apa pun seksyen 112 Akta, tiap-tiap pengendali zoo hendaklah mendeposit sejumlah wang sebagai cagaran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah bagi maksud membiayai apa-apa kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menyita, menyimpan dan menyenggara apa-apa hidupan liar yang disita daripada pengendali zoo mengikut peruntukan Akta.
(2)
Jika wang cagaran itu telah digunakan sebahagiannya atau keseluruhannya, pengendali zoo hendaklah mendepositkan semula wang secukupnya kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Wang cagaran hendaklah dikembalikan kepada pengendali zoo jika operasi zoo tidak lagi diteruskan.
Penalti