Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 7
(1)
Pengendali zoo hendaklah menyediakan suatu kawasan kuarantin bagi penempatan atau pengasingan sementara mana-mana hidupan liar yang baru diperoleh untuk tujuan pencegahan atau rawatan apa-apa penyakit yang mungkin dihidapi oleh hidupan liar itu.
P.U. (A) 36 5
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), apa-apa pelan kawasan kuarantin, saiz dan reka bentuk kurungan bagi hidupan liar itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah untuk kelulusan.
(3)
Pengendali zoo hendaklah memastikan bahawa kawasan kuarantin itu tidak dibuka kepada mana-mana orang awam.
(4)
Pengendali zoo hendaklah memastikan bahawa hidupan liar itu dikuarantin bagi suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh doktor veterinar.
Pemakanan