Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 8
(1)
Pengendali zoo hendaklah memastikan apa-apa makanan dan minuman yang disediakan bagi hidupan liar—
(a)
mengandungi kandungan nutrien yang diperlukan, tidak tercemar dan diberi dalam kuantiti yang mencukupi sebagaimana yang ditentukan oleh doktor veterinar;
(b)
bersesuaian dengan pemakanan semula jadi spesies, keadaan fisiologi dan jantina hidupan liar itu.
(2)
Pengendali zoo hendaklah menyenggara dan menyimpan rekod-rekod pemakanan bagi setiap hidupan liar itu.
Penjagaan kesihatan hidupan liar