Malaysia legislation
Section 98
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 98
(1)
Menteri hendaklah bagi tiap-tiap dua tahun, menubuhkan suatu Lembaga
Hakim Pelawat untuk setiap tempat tahanan.
(2)
Lembaga Hakim Pelawat hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi yang dilantik di setiap tempat tahanan; dan
(b)
mana-mana
Majistret kanan dalam suatu
Negeri dan
Wilayah Persekutuan di suatu tempat yang tempat tahanan itu terletak, sebagai anggota ex-officio.
(3)
Lembaga Hakim Pelawat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang daripada ahlinya untuk melawat secara bergilir-gilir setiap tempat tahanan untuk setiap bulan dalam setahun.
(4)
Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Lembaga
Hakim Pelawat bagi maksud melawat tempat tahanan, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan dialog.
Fungsi Hakim Pelawat