Malaysia legislation

Section 99

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 99

(1)

Hakim Pelawat hendaklah—

(a)

memeriksa semua bahagian tempat tahanan;

(b)

memeriksa jurnal, daftar dan buku tempat tahanan;

(c)

memeriksa makanan;

(d)

mendengar aduan orang tahanan;

P.U. (A) 206 55

(e)

mengadakan mesyuarat, seminar, dialog dan aktiviti;

(f)

mengemukakan suatu laporan hasil lawatan dan syor kepada

Pegawai yang Menjaga selepas lawatan; dan

(g)

menyertai apa-apa aktiviti untuk orang tahanan dan pegawai penjara di tempat tahanan, bagi maksud memastikan bahawa Peraturan-Peraturan ini dan Perintah Tetap yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini dipatuhi.

(2)

Lembaga Hakim Pelawat hendaklah menyediakan laporan tahunan yang merekodkan lawatan mereka, aktiviti dan cadangan kepada Menteri dan suatu salinan laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Komisioner Jeneral.

(3)

Apabila menerima laporan sedemikian, Menteri boleh mengambil tindakan atas syor oleh Lembaga Hakim Pelawat itu bagi manfaat orang tahanan.

(4)

Semasa lawatan pemeriksaan, sama ada Pegawai Yang Menjaga atau pegawai penjara terkanan selepasnya tidak boleh mengiringi Hakim Pelawat, tetapi hendaklah memberikan apa-apa bantuan kepada mereka dalam pemeriksaan mereka dan hendaklah mengarahkan seorang pegawai penjara mengiringi mereka.

(5)

Buku Minit Hakim Pelawat hendaklah disediakan oleh Pegawai yang

Menjaga untuk merekodkan lawatan mereka.

(6)

Suatu salinan catatan mereka, berserta dengan apa-apa komen oleh

Pegawai yang Menjaga, hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Pelawat dan kepada Komisioner Jeneral sebaik selepas lawatan itu dilakukan.

P.U. (A) 206 56

Section 99 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015