Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2015
Seksyen 2
Tafsiran
“Lembaga Penasihat” ertinya suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;
“orang tahanan” ertinya seseorang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen 13(1) Akta;
“Pegawai Penjaga”, berhubung dengan suatu tempat tahanan, ertinya pegawai
(dengan apa jua nama jawatan dia diperihalkan) yang menjaga tempat tahanan itu;
“Pengerusi” ertinya seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi suatu Lembaga
Penasihat di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;
“perintah tahanan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh Lembaga bagi menahan seseorang di bawah subseksyen 13(1) Akta;
4
“Setiausaha” ertinya orang yang melaksanakan kewajipan setiausaha kepada
Lembaga Penasihat;
“tempat tahanan”, berhubung dengan seseorang orang tahanan, ertinya suatu tempat tahanan yang diarahkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 13(2) Akta sebagai suatu tempat tahanan yang di dalamnya orang itu hendaklah ditahan.