Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pencegahan Keganasan (Tatacara Lembaga Penasihat) 2015.
/akn/my/act/pua/2015/203
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2015 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 203 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pencegahan Keganasan (Tatacara Lembaga Penasihat) 2015.
Tafsiran
“Lembaga Penasihat” ertinya suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;
“orang tahanan” ertinya seseorang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen 13(1) Akta;
“Pegawai Penjaga”, berhubung dengan suatu tempat tahanan, ertinya pegawai
(dengan apa jua nama jawatan dia diperihalkan) yang menjaga tempat tahanan itu;
“Pengerusi” ertinya seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi suatu Lembaga
Penasihat di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;
“perintah tahanan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh Lembaga bagi menahan seseorang di bawah subseksyen 13(1) Akta;
4
“Setiausaha” ertinya orang yang melaksanakan kewajipan setiausaha kepada
Lembaga Penasihat;
“tempat tahanan”, berhubung dengan seseorang orang tahanan, ertinya suatu tempat tahanan yang diarahkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 13(2) Akta sebagai suatu tempat tahanan yang di dalamnya orang itu hendaklah ditahan.
Tatacara bagi membuat representasi
Apabila mana-mana orang tahanan dibawa ke suatu tempat tahanan menurut suatu perintah tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah memberitahu orang tahanan itu dengan seberapa segera yang praktik selepas ketibaannya, haknya untuk membuat representasi terhadap perintah tahanan itu dalam tempoh masa dan dengan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini.
Apabila Pegawai Penjaga memberitahu seseorang orang tahanan haknya untuk membuat representasi, Pegawai Penjaga hendaklah memberikan kepada orang tahanan itu tiga salinan Borang 1 Jadual.
Orang tahanan hendaklah, jika dia berhasrat untuk membuat representasi, mengisi tiga salinan Borang 1 dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh ketibaannya di tempat tahanan untuk membolehkan Pegawai Penjaga menghantar sesalinan Borang 1 itu kepada Setiausaha.
Jika seseorang orang tahanan gagal mengisi Borang 1 dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh ketibaannya di tempat tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada orang tahanan itu bahawa dia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa representasi terhadap perintah tahanannya dan Pegawai Penjaga hendaklah menghantar pengesahan bertulis itu kepada
Setiausaha.
Pegawai Penjaga hendaklah menghantar apa-apa representasi bertulis yang diterimanya daripada orang tahanan kepada Setiausaha, sama ada atau tidak representasi bertulis itu dibuat dalam tempoh yang disebut dalam subperaturan (3).
5
Jika apa-apa representasi bertulis yang diterima oleh Setiausaha tidak dihantar oleh Pegawai Penjaga sebaik selepas tamat tempoh yang disebut dalam subperaturan (3), representasi bertulis itu hendaklah disifatkan dibuat di luar masa melainkan jika Setiausaha berpuas hati bahawa kelewatan itu bukan disebabkan oleh kesalahan orang tahanan yang membuat representasi itu tetapi disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalannya.
Jika seseorang orang tahanan enggan menerima Borang 1 yang diberikan oleh Pegawai Penjaga di bawah subperaturan (1) atau menolak untuk mengesahkan secara bertulis bahawa dia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa representasi terhadap perintah tahanannya,
Pegawai Penjaga hendaklah, secara bertulis memberitahu Setiausaha dengan sewajarnya.
Bentuk representasi
Apa-apa representasi terhadap sesuatu perintah tahanan hendaklah dibuat secara bertulis.
Alasan bantahan terhadap perintah tahanan atau sebab mengapa penahanan patut dihentikan hendaklah diberikan dalam Borang 1 dan jika ruang dalam
Borang 1 tidak mencukupi alasan atau sebab itu boleh ditulis di atas helaian kertas yang berasingan yang hendaklah dikepilkan sebagai suatu lampiran kepada Borang 1.
Seseorang orang tahanan hendaklah menyatakan dalam Borang 1 sama ada dia bercadang untuk hadir secara sendiri atau bersama dengan peguam belanya atau dengan diwakili oleh peguam belanya, di hadapan Lembaga Penasihat.
Pendengaran representasi
Apabila apa-apa representasi diterima oleh Setiausaha, Pengerusi hendaklah menetapkan suatu masa dan tempat bagi pendengaran representasi itu oleh
Lembaga Penasihat dan hendaklah menyebabkan suatu notis dalam Borang 2 Jadual diserahkan kepada orang tahanan.
6
Pada masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran representasi, orang tahanan boleh hadir secara sendiri atau dengan peguam belanya atau dengan diwakili oleh peguam belanya, di hadapan Lembaga Penasihat.
Orang tahanan atau peguam belanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyampaikan kata-kata kepada Lembaga Penasihat secara lisan untuk menguatkan atau meluaskan alasan atau sebab yang diberikan dalam Borang 1.
Pendakwa Raya boleh hadir semasa pendengaran representasi untuk membantu Lembaga Penasihat.
Lembaga Penasihat boleh—
jika orang tahanan atau peguam belanya hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran representasi, meneruskan untuk menimbangkan dan memutuskan representasi itu selepas mendengar kata-kata yang disampaikan oleh orang tahanan itu atau peguam belanya; atau
jika orang tahanan atau peguam belanya tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran representasi, meneruskan untuk menimbangkan dan memutuskan representasi itu tanpa kehadiran orang tahanan itu atau peguam belanya.
Notis untuk mengemukakan orang tahanan
Jika suatu notis dalam Borang 2 telah disampaikan kepada seseorang orang tahanan, Lembaga Penasihat hendaklah mengarahkan orang tahanan itu dikemukakan di hadapannya dengan menyampaikan suatu notis dalam Borang 3 Jadual kepada Pegawai Penjaga.
7
Seseorang orang tahanan yang dibawa keluar dari suatu tempat tahanan untuk dikemukakan di hadapan Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini hendaklah, semasa dia berada di luar tempat tahanan itu, disifatkan berada dalam jagaan yang sah.
Prosiding hendaklah secara tertutup
Apa-apa prosiding di hadapan Lembaga Penasihat di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah secara tertutup.
Pengundian
Apa-apa persoalan di hadapan Lembaga Penasihat hendaklah diputuskan melalui undi lebih suara Pengerusi dan dua orang anggota yang menganggotai Lembaga
Penasihat, tetapi jika salah seorang daripada anggota itu enggan mengundi dan
Pengerusi dengan anggota yang lain tidak dapat bersetuju, penentuan oleh Pengerusi hendaklah terpakai.
Lembaga Penasihat boleh memanggil saksi
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, Lembaga Penasihat boleh memanggil dan memeriksa mana-mana saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar dan memaksa pengemukaan apa-apa dokumen.
Tatacara jika tiada peruntukan yang nyata
Jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh
Peraturan-Peraturan ini, Lembaga Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1), Lembaga Penasihat boleh, dengan mengambil kira pertimbangan mengenai keselamatan, kepentingan awam atau keperluan untuk melindungi seseorang saksi atau keluarga atau sekutu saksi itu, menentukan—
sama ada keterangan mana-mana saksi patut didengar dengan kehadiran orang tahanan atau peguam belanya atau kedua-duanya;
8
sama ada mana-mana pegawai polis patut dikehendaki untuk hadir di hadapan Lembaga Penasihat dengan kehadiran orang tahanan atau peguam belanya, atau kedua-duanya; atau
sama ada apa-apa dokumen atau maklumat lain patut disediakan atau dizahirkan kepada orang tahanan atau peguam belanya atau kedua-duanya.
Penzahiran maklumat
Tiada apa-apa dalam Peraturan-Peraturan ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga Penasihat untuk menzahirkan maklumat atau mengemukakan dokumen yang difikirkan oleh Lembaga Penasihat—
akan menjejaskan perlindungan seseorang saksi atau keluarga atau sekutu saksi itu.
Laporan Lembaga Penasihat
Apabila mana-mana orang tahanan membuat representasi di bawah
Peraturan-Peraturan ini kepada Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih panjang yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong.
Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini,
Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan Lembaga apa-apa arahan, sebagaimana yang difikirkannya patut berkenaan dengan perintah yang dibuat oleh Lembaga dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
9
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai penjawat awam
Setiap anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya kerana apa-apa tindakan yang diambil atau ditinggalkan semasa melaksanakan tugasnya di bawah Peraturan-Peraturan ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang hakim dalam pelaksanaan jawatannya.
10
JADUAL
BORANG 1
[Subperaturan 3(2)]
REPRESENTASI BERKAITAN DENGAN PERINTAH TAHANAN
Kepada Setiausaha, Lembaga Penasihat,
*Nama penuh
.......................................................................................................................................................................................
No. Kad Pengenalan
.......................................................................................................................................................................................
Bangsa
.......................................................................................................................................................................................
Pekerjaan
.......................................................................................................................................................................................
Taraf pendidikan
.......................................................................................................................................................................................
Tempat Tahanan
.......................................................................................................................................................................................
Tarikh dan tempat ditangkap
.......................................................................................................................................................................................
Saya,
.....................................................................................................................................................………. yang bernama di atas dengan ini membuat representasi terhadap perintah tahanan saya seperti yang berikut:
11
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
Saya bercadang/tidak bercadang untuk hadir di hadapan Lembaga Penasihat.
Saya bercadang/tidak bercadang untuk diwakili oleh peguam bela.
+ Saya akan menyampaikan kata-kata kepada Lembaga dalam bahasa/dialek
………………………………………………………………………………………………………........................................
Bertarikh pada...................... hari bulan ........................ 20 ..................
..................................................................
Tandatangan atau Tanda yang dibuat oleh Orang Tahanan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[+Hendaklah diisi hanya jika orang yang membuat representasi bercadang untuk hadir di hadapan Lembaga]
* Jika orang tahanan dikenali dengan lebih daripada satu nama, tiap-tiap satu nama itu mestilah dimasukkan dengan penuh.
Representasi direkodkan oleh .......................................................................................................................
(Jika yang di atas tidak ditulis oleh orang tahanan)
Dibacakan/Diterjemahkan kepada orang tahanan oleh…………………………………………………
(Jurubahasa)
Pengakuan oleh orang tahanan bahawa yang di atas itu telah dibacakan/diterjemahkan kepadanya.
.................................................................
Tandatangan atau Tanda yang dibuat oleh Orang Tahanan
Tiga salinan Borang 1 telah diberikan kepada orang tahanan.
........................................................ ......................................................
Orang Tahanan Diberikan oleh:
Tarikh:
12
BORANG 2
[Subperaturan 5(1)]
NOTIS PENDENGARAN REPRESENTASI
Kepada.......................................................................................................................................................................
Sila ambil perhatian bahawa
Lembaga
Penasihat akan bersidang di………………………………………………………………………………………………………………………………...
.......................................................................................................................................................................................
pada ………....... hari bulan ................................. 20……................... pada pukul ...........................
pagi/petang bagi maksud mendengar representasi oleh kamu atau peguam bela kamu berkaitan dengan perintah tahanan yang dibuat terhadap kamu.
Bertarikh..........................................................
...........................................................................
Pengerusi Lembaga Penasihat
Borang ini telah diserahkan kepada orang tahanan.
........................................................ ......................................................
Orang Tahanan Diserahkan oleh:
Tarikh:
13
BORANG 3
[Subperaturan 6(1)]
NOTIS UNTUK MENGEMUKAKAN ORANG TAHANAN
KEPADA PEGAWAI PENJAGA TEMPAT TAHANAN DI
..........................................................................
Kamu dikehendaki untuk mengemukakan…………………………………………………………………..
………………………………………………………………….......................................................................................
yang sekarang ini dalam jagaan kamu ke hadapan Lembaga Penasihat di ……………………
pada ……….……… hari bulan …..……… 20…... pada pukul ……………………… pagi/petang bagi maksud pendengaran representasi.
Bertarikh ...............................................................
...........................................................................
Pengerusi Lembaga Penasihat
Dibuat 26 Ogos 2015
[KDN(R)03/510/3 Jld.3 (18); PN(PU2)732]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
14
-
IN exercise of the powers conferred by subsection 13(9) and section 34 of the Prevention of Terrorism Act 2015 [Act 769], the Minister makes the following regulations:
Citation 1.
These regulations may be cited as the
Prevention of Terrorism
(Advisory Board Procedure) Regulations 2015.
Interpretation 2.
In these Regulations, unless the context otherwise requires—
“Advisory Board” means an Advisory Board constituted under Clause (2) of
Article 151 of the Federal Constitution;
“detained person” means a person detained pursuant to a detention order made by the Board under subsection 13(1) of the Act;
“Officer-in-Charge”, in relation to a place of detention, means the officer
(by whatever title described) in charge of the place of detention;
“Chairman” means a person appointed to be the Chairman of an Advisory Board under Clause (2) of Article 151 of the Federal Constitution;
“detention order” means an order made by the Board for detaining a person under subsection 13(1) of the Act;
“Secretary” means the person performing the duties of secretary to the Advisory
Board;
16
“place of detention”, in relation to a detained person, means a place of detention directed by the Board under subsection 13(2) of the Act to be the place in which the person shall be detained.
Procedure for making representations 3.
(1)
When any detained person is brought to a place of detention in pursuance of a detention order, the Officer-in-Charge shall inform the detained person, as soon as practicable after his arrival, of his right to make representations against the detention order within the time and in the manner provided in these Regulations.
(2)
When informing a detained person of his right to make representations, the Officer-in-Charge shall give to the detained person three copies of Form 1 of the
Schedule.
(3)
The detained person shall, if he desires to make representations, complete three copies of Form 1 within fourteen days after the date of his arrival at the place of detention to enable the Officer-in-Charge to forward a copy of Form 1 to the
Secretary.
(4)
If a detained person fails to complete Form 1 within fourteen days after the date of his arrival at the place of detention, the Officer-in-Charge shall obtain written confirmation from the detained person that he does not wish to make any representations against his detention order and the Officer-in-Charge shall forward the written confirmation to the Secretary.
(5)
The Officer-in-Charge shall forward to the Secretary any written representations received by him from a detained person, whether or not the written representations are made within the period referred to in subregulation (3).
(6)
If any written representations received by the Secretary have not been despatched by the Officer-in-Charge immediately after the expiry of the period referred to in subregulation (3), the written representations shall be deemed to have been made
17
out of time unless the Chairman is satisfied that the delay was not due to the fault of the detained person making the representations but was due to circumstances beyond his control.
(7)
If a detained person refuses to accept Form 1 given by the
Officer-in-Charge under subregulation (1) or declines to confirm in writing that he does not wish to make any representations against his detention order, the Officer-in-Charge shall, in writing inform the Secretary accordingly.
Form of representations 4.
(1)
Any representations against a detention order shall be made in writing.
(2)
The grounds of objections to the detention order or the reasons why the detention should cease shall be given in Form 1 and if the space in Form 1 is not sufficient the grounds or reasons may be written on a separate sheet of paper to be attached as an annexure to Form 1.
(3)
A detained person shall indicate in Form 1 whether he intends to appear personally or with his advocate or to be represented by his advocate, before the
Advisory Board.
Hearing of representations 5.
(1)
Whenever any representations are received by the Secretary, the Chairman shall appoint a time and place for the hearing of the representations by the Advisory Board and shall cause a notice in Form 2 of the Schedule to be served on the detained person.
(2)
At the time and place appointed for the hearing of the representations, the detained person may appear personally or with his advocate or to be represented by his advocate, before the Advisory Board.
18
(3)
The detained person or his advocate, as the case may be, may address the Advisory Board orally to substantiate or amplify the grounds and reasons given in
Form 1.
(4)
The Public Prosecutor may appear at the hearing of the representations to assist the Advisory Board.
(5)
The Advisory Board may—
if the detained person or his advocate is present at the time and place appointed for the hearing of the representations, proceed to consider and determine the representations after hearing the address by the detained person or his advocate; or
(b)
if the detained person or his advocate is not present at the time and place appointed for the hearing of the representations, proceed to consider and determine the representations without the presence of the detained person or his advocate.
Notice to produce detained person 6.
(1)
Where a notice in Form 2 has been served on a detained person, the
Advisory Board shall order the detained person to be produced before it by delivering a notice to produce the detained person in Form 3 of the Schedule to the Officer-in-Charge.
(2)
A detained person taken out of a place of detention to be produced before the Advisory Board under this regulation shall, while he is outside the place of detention, be deemed to be in lawful custody.
Proceedings to be in camera 7.
Any proceedings before the Advisory Board under these Regulations shall be in camera.
19
Voting 8.
Any question before the Advisory Board shall be determined by a majority of votes of the Chairman and two members constituting the Advisory Board, but if either member refrains from voting and the Chairman and other member do not agree, the determination by the Chairman shall prevail.
Advisory Board may summon witnesses 9.
For the purposes of these Regulations, the Advisory Board may summon and examine any witnesses, administer the oaths or affirmations and compel the production of any documents.
Procedure where no express provision 10.
(1)
Where any matter is not expressly provided for by these Regulations, the Advisory Board may regulate its own procedure.
(2)
Without prejudice to the generality of subregulation (1), the Advisory
Board may, having regard to considerations of security, public interest or the need to protect a witness or the family or associates of the witness, determine—
(a)
whether the evidence of any witness should be heard in the presence of a detained person or his advocate or both;
(b)
whether any police officer should be required to appear before the
Advisory Board in the presence of a detained person or his advocate or both; or
(c)
whether any document or other information should be made available or disclosed to a detained person or his advocate or both.
Disclosure of information 11.
Nothing in these Regulations shall be construed as requiring the Advisory Board to disclose information or to produce documents which it considers—
20
(a)
to be against the public interest;
(b)
would compromise the public security; or
(c)
would compromise the protection of a witness or the family or associates of the witness.
Report of Advisory Board 12.
(1)
Whenever any detained person makes representations under these
Regulations to the Advisory Board, the Advisory Board shall within three months from the date of receiving such representations, or within such longer period as the Yang di-Pertuan Agong may allow, consider the representations and make recommendations to the Yang di-Pertuan Agong.
(2)
Upon considering the recommendations of the Advisory Board under this regulation, the Yang di-Pertuan Agong may give the Board such directions as he thinks fit regarding the order made by the Board and every decision of the Yang di-Pertuan Agong shall be final and shall not be questioned in any court.
Member of Advisory Board deemed to be public servant 13.
Every member of the Advisory Board shall be deemed to be a public servant within the meaning of the Penal Code [Act 574] and shall have, if any action or suit is brought against him for any act done or omitted to be done in the execution of his duty under these Regulations, the same protection and privileges as are by law given to a judge in the execution of his office.
21
FORM 1
[Subregulation 3(2)]
REPRESENTATIONS IN CONNECTION WITH DETENTION ORDER
To the Secretary, Advisory Board,
* Name in full
.......................................................................................................................................................................................
NRIC No.
.......................................................................................................................................................................................
Race
......................................................................................................................................................................................
Occupation
.......................................................................................................................................................................................
Qualification
......................................................................................................................................................................................
Place of Detention
......................................................................................................................................................................................
Date and place of arrest
......................................................................................................................................................................................
22
I, the abovenamed ............................................................................................................... hereby make representation against my detention orders as follows:
……………………………………………………………………………………………………………………………
……...……………………………………………………………………………………………………………………
…………...………………………………………………………………………………………………………………
I intend/do not intend to appear before the Advisory Board.
I intend/do not intend to be represented by an advocate.
+ I will address the Board in the .....................................................................................................
language/dialect.
Dated the ........................day of ................... 20 ..................
…...........................................................................
Signature or Mark of Detained Person
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[+To be completed only if the person making the representation intends to appear before the Board]
* If the detained person is known by more than one name, each of such names must be inserted in full.
Representation recorded by............................................................................................................................
(If not written by detained person)
Read/Interpreted to detained person by ..................................................................................................
(Interpreter)
Acknowledgement by detained person that the above was read/interpreted to him.
……..................................................................................
Signature or Mark of Detained Person
Three copies of Form 1 have been given to the detained person.
................................................ ............................................................
Detained Person Given by:
Date:
23
FORM 2
[Subregulation 5(1)]
NOTICE OF HEARING OF REPRESENTATIONS
To ...................................................................................................................................................................
Take notice that the Advisory Board will sit at .......................................................................
on ............. day of ...................... 20 ........... at ................ a.m./p.m. for the purpose of hearing representations by you or your advocate in connection with the detention order made against you.
Dated ...............................................................
...........................................................................
Chairman of the Advisory Board
This Form has been served to the detained person.
................................................ ......................................................
Detained Person Served by:
Date:
24
FORM 3
[Subregulation 6(1)]
NOTICE TO PRODUCE DETAINED PERSON
TO THE OFFICER-IN-CHARGE OF PLACE OF DETENTION
AT ............................................................
You are required to produce ………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………
now in your custody before the Advisory Board at………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………
on ………… day of …..…………… 20…….... at ………………… a.m./p.m. for the purpose of hearing of representations.
Dated ...............................................................
...........................................................................
Chairman of the Advisory Board
Made 26 August 2015
[KDN(R)03/510/3 Jld.3 (18); PN(PU2)732]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
Minister of Home Affairs