Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2017

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 [P.U. (A) 488/1986], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3—

(a)

dalam subperaturan (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “RM300.00” dengan perkataan

“RM1500.00”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dan suatu sijil di bawah seksyen 6(1) Akta hendaklah dikeluarkan” dengan perkataan

“teks Al-Qur’an itu”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Jika Lembaga telah memperakui bahawa Ayat-Ayat

Al-Qur’an yang terkandung dalam pruf akhir atau salinan asal itu

3

betul, sama ada sebagaimana yang dikemukakan pada asalnya atau sebagaimana yang dibetulkan oleh Lembaga, suatu perakuan di bawah subseksyen 6(1) Akta boleh dikeluarkan oleh Lembaga dalam Borang C dalam Jadual.”;

(c)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subperaturan (5), dengan menggantikan perkataan “sijil” dengan perkataan “perakuan”; dan

(d)

dalam subperaturan (6), dengan menggantikan perkataan “RM1.00”

dengan perkataan “RM0.50”.

Pindaan peraturan 4

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2017